Monday, March 14, 2011

Pesanan untuk Encik Suami...


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bija serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Restu dari abah... So jaga lah anak abah baik2 yerr ;)

Hari di mana syurgaku bertukar tempat.. huhuu

Witnessed by my 3 gorgeous sisters... awww~

Mintak ampun dan maaf awal2... Heeee ;)


Wednesday, February 23, 2011

Gurau Senda di Malam Hari


Lepas bersiap-siap untuk tidur td, saya keluar kejap dok sebelah Mr. Hubby yg tgh syok tengok bola.. Tetiba jer dia berpaling then tanya "u pakai krim murah yek?" Errrr... Terperanjat btol dgn soalan spontan dia. Krim murah?? Nak tergelak pon ye jugakk.. Alamak, mana dia taw nie?? Pastu tanya la dia balik "nape? muka I bertompok2 ke pakai cream ni?"... Dia dengan selambanya jawab dgn mata still kat TV.. "taklah... bau benda u pakai tuh sebatu pun boleh tau tu krim murah.."

Ekekekekkekekkek... pastu bila saya bangun dari sofa nak ke bilik tidur, si dia masih dengan posisi sama sambung kata-katanya dengan "basuh la muka dulu sebelum tido yek, tak tahan lah I dengan bau tuh".. Errrrr...

Alkisahnya, masa pregnant dulu kat dahi saya kiri dan kanan ada tompok gelap. Dh puas sental dengan scrub, tonyoh dengan cream tak jugak hilang2.. so saya tanya la sorang kawan yg kebetulannya kerja sebagai make up artis nih, dia suruh saya try TEMULAWAK.. menjadi katanya... nanti muka jadi halus mulus dan kulit pun akan jadi sekata. Saya pun kebetulan ke Mydin tadi, singgah jap kat kaunter yg jual jamu-jamu then tanpa pikir panjang terus beli benda alah tuu... Balik rumah, terus pakai kat dahi  (sahaja) kat dahi je, ok.. bukan pkai satu muka... pon still pakcik tuh boleh bau... haishh, kuat betul deria bau dia...

Nih la benda yang dimaksudkan. Sorry ler gambar amek pkai hp jek.. Malas nak bangun capai camera. Hiks! 


Baru saya teringat, conversation between Mr Hubby dan kawannya masa makan petang kat KLCC. Kawannya nih yang kerja dgn Petronas terpaksa entertained customer kat Pusat Karaoke n macam biasalah kalau dah namanya lelaki, kalau tak amek GR* skali tak sah... So teringat plak jawapan Inchek Suami bila kawannya tanya kat mana dia slalu entertained client2nya.... "Aku slalu bawak pegi golf dan dinner aje.. Aku bukannya apa, kalau dah orang nak amek perempuan2 tuh takkan nak cakap tak boleh, dah la kita yg nak membayarnya... Lagi satu, aku tak tahan lah perempuan2 yang bau bedak kutikura nih.." Then saya dgn pantasnya tanya, mana u tau bau bedak kutikura? Jawabnya, "alaahhhh, kalau yang dok sengih2 tepi jalan bau bedak kutikura tuh ye lah spesies2 tuh... Dok sebatu pun dah boleh bau daahhh" 

Ekekekekekkekekek, tak pasal-pasal saya tergelak depan laptop nih sorang-sorang... Just wondering, wujud lagi ke bedak kutikura sekarang?

Tuesday, February 22, 2011

Majlis Cukur Jambul Budak Techik Yang Paling Tiuutttt...


Majlis cukur jambul nih diadakan masa birthday baby Imaad yang ke 7 hari... Yeyy! Baby Imaad dah one week daahhh... Ada lagi few months untuk baby Imaad pandai gelak2 and response bila kita agah2 dia... Heee~ tak sabarnya nak tunggu dia besar ;)

Sepanjang majlis nih baby Imaad sooooo bagus and takde nangis2... Good boy!

Majlis Cukur Jambul Baby Imaad Wafiy bin Ikhwan
Friday, 18th January 2011 (9.00am)

Check out the beautiful faces of Imaad Wafiy... Ergh! He's sooo cute... 

Nih pak imam yg nikahkan mummy and daddy dulu jugak ;)

"Ishk Pak Imam nie.. abis basah mulut Imaad.. daddy pun tak tolong lapkan.."

"takpelah, Imaad lap sendiri ajelah..."

"Td mummy pesan suruh jd good boy n jgn nanges2... emm, buat2 tido ajelah.."

"Ni lah dia muka2 yg rosakkan rambut Imaad... Huh!"
"Kasi can laa pd org2 yg nak tumpang glamer Imaad... err, love u lots mummy, daddy, aunty nell n aunty anis.."


"Don't hate me coz i'm cute... hihii.."

WE LOVE U, IMAAD WAFIY BIN IKHWAN... cepat2 laaa besar :)





Monday, February 21, 2011

New addition to the family...

Owhh... Seronoknya bila dapat pulang ke kampung halaman... Rasa macam best sangat2...

Sampai-sampai je kat airport, parents dah sedia menunggu.... And on the way back tuh singgah jap kt restaurant for dinner... Sbb dah malam sangat we all order satay jekk... Wpun bila dah habis makan tuh dah pukul 11 lebih, sebab tak sabar punya pasal, my hubby, my sister and I terus melencong ke rumah family my adik ipar untuk tengok the one and only anak sedara kitorang, Imaad Wafiy bin Ikhwan.. What a classy name.. Me likey!

Sekali pandang aje terus jatuh cinta... tak perlu nak explain panjang2... just let photos do the talking...


Heyya baby boy!

Di pangkuan grandma ;)

Besar2 boleh masuk American Idol nih... eh, tayah laa... jd imam masjid lah ..

love u to bits!


Mummy Yong love u soooo much, shayang! Semoga jadi anak yang soleh dan hormat orang tua yer, Imaad...

Thursday, February 10, 2011

Hati-hati di Jalanraya...

Saya sungguh tension bila berada di dalam kereta dengan seseorang yang suka maki hamun pemandu-pemandu lain...

Sungguh saya rasa begitu annoyed dengan kutukan-kutukan beliau terhadap kesalahan yang tak seberapa yang dilakukan oleh pemandu-pemandu lain...

Orang masuk parking lambat pun dikata bodoh sebab terhegeh2 nak masuk parking...

Orang bawak slow pun dikata bangang sebab menyusahkan orang lain di jalan raya...

Orang bawak laju sangat pun dikata tak mau hidup lama...

Pakcik tua yang tetiba masuk lane tanpa bagi signal pun dikata bodoh jugak...

Apatah lagi makcik tua yang terhegeh-hegeh nak masuk simpang...

Kalau ada kereta yang lambat bagi duit dekat tol pun dikata bodoh jugak sbb tak readykan duit awal2...

Kalau org tol lambat ambik duit dan bagi duit baki dah sah-sah kena maki dengannya...

Bila ada orang yg baru masuk kereta dan nak keluar parking tapi masa tu lah orang tu sibuk nak pkai seatbelt dan betulkn cermin dikata busuk hati sbb sengaja keluar parking lambat sedangkan dh nmpk org tengah tunggu...

Dan kata-katanya bukan sekadar bodoh dan bangang tapi juga disertai oleh perkataan2 seperti pan***, puk****, ass**** dan sebagainya lagi

Memang saya rasa menyampah dengan orang yang suka maki hamun sesuka hati ni, macam la dia tu perfect sangat... tapiiiii yang paling buat saya rasa geram dan nak marah sebab kutukan2 dan maki hamun tersebut hanya bergema kt dlm kereta dan hanya membuatkan saya yang panas telinga... Grrrrrr!

Apa kata, bukak tingkap tu dan jerit sekuat hati kt orang tersebut supaya dia tau salah dia dan orang yang cakap tu pun rasa puas hati... Kan senang!

Saya taknak lagi berada dalam kereta dengan orang macam tu, boleh tak?


Driver saya yg kadang2 agak kurang sabar jugak ;)

P/S: Ada sorang kawan pernah cerita... pernah satu ketika sewaktu berada di dalam kereta bersama dengan ibu dan bapanya menuju ke PD. Kat tol sungai besi kereta berderet panjang tunggu turn untuk amek tiket, lalu si ibu berkata... "mana semua orang nak pergi ni? ramai giler org sampai jem kat tol nih"... dan tak semena-mena si bapak bukak tingkap kereta dan jerit, "oooiiii, korang semua nak pegi mana hah? isteri saya tanya nih..." ;)



Monday, February 7, 2011

Saya Sayang Kamoooooo


Adik-adik perempuan kesayangan saya ;)

Adik-adik perempuan saya yang sewel ;)



Adik bongsu saya yang penyayang *muuaahhh*

Jgn jealous dulu yerr adik2 lelaki sekalian...



Di Sana Menanti Di Sini Menunggu


Ptg tadi saya dapat e-mail dari kawan rapat yang agak lama jugak terpisah sebab masing-masing busy dengan kerja yg tak pernah habis. Well, entah kenapa dia lebih selesa menghubungi saya menerusi e-mail. Oh, maybe jugak sebab handphone saya rosak 2,3 hari ni di mana saya tak boleh nak call in and out.. Ok, back to the story... kawan saya tu telah berterus terang dengan saya yang dia mempunyai affair dengan rakan sekerja. Alasannnya, suaminya dah tak mcm dulu... Saya terperanjat, otak bercelaru memikirkan kenapa orang yang sebaik dirinya boleh memilih jalan itu. Macamana hubungannya dgn suami yang sering buatkan orang cemburu itu boleh ada masalah..

Alasannya, semuanya bermula bila dia mula bosan dengan suami di rumah. yang tak pernah cuba untuk memahami dirinya. Dengan suami yang selalu tak puas hati dgn dirinya, sentiasa memberi komen negatif dan tak pernah cuba untuk memahami dirinya, dia memilih untuk berlaku curang di luar. Katanya lagi, dia dah cuba bermacam cara untuk memulihkan hubungan dengan suaminya, cuba untuk bercinta kembali tapi malangnya dia tak dapat kerjasama dari pihak suami.. 

Suami di rumah tak pernah memuji, tapi rakan sepejabat perasankan perfume baru yang dipakai...

Suami di rumah mengutuk gemuk, tapi rakan sepejabat mengatakan solid...

Suami di rumah lebih rela menghabiskan masa di depan TV, tapi rakan sepejabat sanggup menemaninya membeli belah...

Suami di rumah membuatkan dirinya seolah tak wujud sedangkan rakan sepejabat tak pernah lupa untuk mengucapkan selamat pagi dan malam dan sentiasa bertanya khabar...

Kata rakan saya lagi, suaminya tak pernah membuatkan dirinya rasa berharga. Suaminya sentiasa membuatkan dirinya berasa rendah diri dan sentiasa rasa serba kekurangan. Tanpa dipinta, hatinya terbuka untuk mendampingi lelaki lain dan sejak itu bermulalah episod cerita kecurangan beliau...
 
According to you I'm stupid, I'm useless
I can't do anything right
According to you I'm difficult, hard to please
Forever changing my mind

I'm a mess in a dress, can't show up on time
Even if it would save my life
According to you, according to you

But according to him I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted

Everything is opposite, I don't feel like stopping it
So baby tell me what I got to lose
He's into me for everything I'm not
According to you

According to you I'm boring, I'm moody
And you can't take me any place
According to you I suck at telling jokes
'Cause I always give it away

I'm the girl with the worst attention span
You're the boy who puts up with that
According to you, according to you

But according to him I'm beautiful, incredible
He can't get me out of his head
According to him I'm funny, irresistible
Everything he ever wanted

I need to feel appreciated
Like I'm not hated, oh no
Why can't you see me through his eyes?
It's too bad, you're making me dizzy


Saya akui, kata-katanya ada kebenaran. Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, jawapan pastinya sama.. Suami kita tak sama sepertimana sewaktu kita baru mengenali mereka dulu... Mereka banyak berubah...

Tapiiiiiiii.... pernahkah kita terfikir, yang mungkin kita pun tak sama seperti yang mereka kenal dulu...

Kalau dulu kita lebih spontaneous... sekarang kita mula concernkan apa kata orang sekeliling??

Kalau dulu kita suka berpakaian cantik, bermekap... sekarang kita lebih selesa berkain batik??

Kalau dulu kita sentiasa ke saloon, selalu berubah2 hairstyle... sekarang kita lebih selesa berpony-tail??

Kalau dulu kita sentiasa ceria dan happy go lucky... sekarang kita lebih cepat marah dan cerewet??

Dan pernahkah kawan saya tu terfikir... setiakah "rakan sekerja" dia tu bila dia dapat melihat rambut yang berminyak tak berbasuh di sebalik tudung yang melitupi tu?

Fikir-fikirkan :)

Saya Sayang Suami Saya ;)